Thursday, May 31, 2007

mawi shilling?

LATEST NEWS – “SEKALI lagi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mencatat sejarah industri muzik tempatan apabila wajahnya dipilih untuk dicetakkan ke atas wang syiling yang bersalut emas.

Mawi merupakan artis kedua di dunia selepas mendiang King Of Rock And Roll, Elvis Presley yang mempunyai syiling cetakan muka oleh Royal Mint.

"Memang sukar untuk mana-mana artis mahupun ahli politik di dunia untuk mempunyai wajah mereka di atas syiling.

"Untuk Mawi. kami menganggap bahawa susksesnya amat luar biasa dan patut diberi penghargaan," ujar Y. Ibrahim selaku wakil daripada Royal Mint ketika pelancaran Medalion Mawi di Bora Ombak Ampang baru-baru ini.

"Sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa Mawi mempunyai dinamiknya yang tersendiri berbanding dengan artis-artis yang lain.

"Oleh itu, setelah berunding serta melakukan perbincangan di antara kami dan pihak Royal Mint, kami bersetuju untuk mereka syiling berwajahkan Mawi," ujar Y Ibrahim lagi mengenai projek yang julung-julung kalinya dilakukan di Malaysia.

"Bukannya mudah untuk meyakinkan mana-mana pihak untuk mencetak wajah seseorang individu ke atas siling. Kami mengambil masa untuk mendapatkan kelulusan untuk projek ini," ujar Y Ibrahim lagi.

Ketika ditanya pemilihan mereka berdasarkan populariti ataupun pencapaian seseorang artis yang melayakkan wajahnya dicetak ke atas siling, Y Ibrahim menjawab, " Kedua-duanya penting dan pihak kami melihat bahawa Mawi mempunyai kedua-dua ciri-ciri tersebut."

Dengan keyakinan yang tinggi pihaknya terhadap Mawi, adakah mereka engetepikan kredibiliti artis-artis yang lain yang mungkin lebih senior serta sudahpun mengecapi penghargaan yang banyak daripada Mawi?

"Bukan niat kami untuk mebeza-bezakan artis yang lain di Malaysia dengan Mawi. Malah kami terbuka dengan idea untuk mencetak wajah artis-artis yang lain.

"Mereka boleh datang berjumpa dengan pihak kami jika mereka berminat untuk melakukannya," jelas Y Ibrahim lagi mengenai pihaknya yang tidak mempunyai sikap bias dengan mana-mana artis di Malaysia."

-- from mstar.com.my

What rubbish! Though I’m no fan of Datuk Siti’s, I reckon she would be a much better candidate than Mawi, for serious! And what about Tan Sri P. Ramlee?

When you read between the lame lines, you can decipher that: contribution has little relevance to us. Mawi was chosen because he’s loved by young girls and older women alike, and this target market would definitely spend money to get this "limited edition" item. So basically, profit was our utmost priority–we don’t wanna lose out on the monetary goodness of the tsu-Mawi!

No comments: